Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Engku Geting : Judi punya pasal sampai dibuang ke Mekah

Dapatkan pelbagai kisah kronikel dunia dan misteri di x-plorasi.com




Pada tahun 1906, seorang kerabat diraja iaitu Engku Geting telah bermaharajalela dengan melakukan pencurian lembu kerbau serta binatang ternakan lainnya. 

Disebabkan dia merupakan kerabat diraja maka penduduk kampung tidak berani bertindak. 

Seterusnya Engku Geting terlibat pula dengan kegiatan perjudian yang diadakan secara besar-besaran di rumahnya. Suatu hari, Sarjan Polis dari Balai Tabal  telah datang ke rumah Engku Geting lalu menangkap 5 orang tauke judi Cina. 

Tetapi kaki judi yang berjumlah ratusan orang itu tidak berpuas hati lalu mengepung pasukan polis itu dan mengugut akan menikam mereka jika tauke-tauke judi itu tidak dilepaskan. Sarjan tersebut kemudiannya telah melepaskan mereka dan melaporkan kejadian itu ke Kota Bharu. 

Pada keesokan harinya seramai 40 orang anggota polis telah datang kembali dan berjaya menangkap kaki judi tersebut namun Engku Geting berjaya melepaskan diri ke Besut. 

Tidak lama kemudian, Engku Geting telah pulang ke Kelantan dan menyerah diri lalu dibicarakan dan dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun sebelum hukuman diubah oleh Sultan Kelantan kepada buang negeri ke Mekah.



Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Ikuti Lela Rentaka di Facebook

Below Post Ad