Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Artikel Pilihan


Daripada Pekan Sabak beralih ke Pekan Sungai Besar


Pekan Sabak

Seluruh penduduk Sabak Bernam amat perlulah mengingati tarikh 1 hb, Julai, 1960 di samping orang- orang yang bertanggungjawab atau memikul beban mengwujudkan daerah ini. Kerjasama yang erat daripada mereka di bawah ini perlu menjadi ingatan yang mendalam dari generasi muda.

YB Tuan Haji Mustafa bin Ab Jabar

YB Encik Taibon bin Hassan

YB Tuan Syed Hashim bin Syed Ajam Encik Mahmood bin Pawan Teh Pegawai Daerah

Encik Mohd Hariri bin Abu Taif, Penolong Pegawai Daerah

Encik Ab Razak bin Haji Ab Rahman, Pen. Pegawai Daerah

Encik Tan Kay Swee anak Dato' Tan Boon Chong.

Orang Kaya Sabak Bernam

Encik Dr Ratnasamy

Turut juga namanya perlu dikenang ialah...

Encik Lope Salleh bin Long bagi pihak Persatuan Melayu Sabak Bernam beliaulah juga salah seorang dari 29 orang wakil orang Melayu Selangor dari tiap- tiap badan gabungan yang telah menurunkan tandatangan bagi mengesahkan piagam UMNO pada 10.30 pagi 11 hb, Mei, 1946, di Istana Besar Johor Bharu.

Encik Mahmud bin Ali seorang lagi perlu dikenang jasanya beliau bersama-sama Encik Lope Salleh bin Long adalah yang turut hadir semasa perhimpunan kelahiran UMNO yang diistiharkan di Johor Bharu. Beliau ini tidak sahaja berkorban masa, tetapi juga wang dan tenaga.

Bila Sabak Bernam menjadi daerah usaha memajukannya terus menerus. Dalam beberapa rancangan terdapat perancangan untuk membesarkan pekan di situ.

Pengukuran dan perancangan telah di atur akhirnya usaha ini terkandas kerana beberapa sebab...

Antaranya..

Pertama - Kebanyakkan tanah yang terlibat bagi pembesaran ini mengenai tanah-tanah persendirian. Boleh dikatakan 90% tuan punya tanah-tanah tersebut tidak bersetuju tanah mereka di ambil oleh kerajaan bagi tujuan itu.

Kedua - Kalau ada pun tanah-tanah persendirian yang bersetuju diambil mereka mengenakan beberapa syarat dan bayaran harga yang tinggi.

Ketiga - Masalah runtuhan tanah di pinggir Sungai Bernam yang terus mengancam, adalah satu lagi taktik menggagalkan rancangan.

Keadaan ini menjadikan rancangan tersebut akhirnya dibatalkan. Kemudiannya projek membina pekan Sabak Bernam yang baru untuk dijadikan ibu daerah Sabak Bernam beralih ke Pekan Sungai Besar dalam tahun 1976 seperti yang ada pada hari ini.










Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Below Post Ad



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Artikel Berkaitan