Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Artikel Pilihan


Sabak Bernam sebelum menjadi daerah ke tujuh Selangor




Selepas 7hb Mac 1954 jeritan dan rintihan dari rakyat inginkan Sabak Bernam menjadi sebuah daerah di Selangor semakin nyaring Pentadbiran memulakan sedikit demi sedikit memperbaiki keadaan Sabak Bernam. Diawal tahun 1956 tiga buah kawasan pekan telah diistiharkan sebagai Majlis Tempatan ( Local Council iaitu Sungai Besar, Sungai Air Tawar dan Parit Baru.

Sebelumnya Majlis Tempatan ini di wujudkan, Pekan Sungai Besar dan Sungai Air Tawar adalah ditadbir oleh Majlis Daerah Sabak Bernam. Selepas daripada itu kedua-dua Pekan ini tidak lagi di bawah tadbir Majlis Daerah Sabak Bernam, mereka bergerak sendiri.

Mengikut bancian tahun 1957 luas Sabak Bernam 235 batu persegi dan penduduknya 57,000 orang berbanding dengan tahun-tahun selepasnya. Tahun 1970 keluasannya 247,040 ekar atau 999.7 kilometer persegi penduduknya 103,261 orang dan tahun 1991 seramai 100,053 orang.

Dalam tahun 1993, keluasan Sabak Bernam 99,714 hektar dan penduduknya 102,074 orang. Tahun 1994 penduduk daerah ini telah bertambah menjadi 103,100 orang atau merupakan penduduk yang ketujuh teramai di Selangor, sementara Petaling menjadi daerah teramai sekali di Selangor dengan jumlah penduduknya 736,344 orang. 

Dalam tahun 1940 satu baris kedai papan dan atap telah musnah terbakar, kemudiannya kawasan ini tinggal kosong begitu sahaja. dan pada tahun 1956 hampir 20 pintu kedai papan di batu 39 telah juga terbakar.

Selepas itu berlakulah juga kebakaran kecil di sana sini. Satu lagi malapetaka berlaku di Sabak Bernam ialah dengan runtuhnya tebing Sungai Bernam kira-kira 50 meter panjangnya yang bertentangan dengan pengkalan perahu menyeberang dari Sabak Bernam ke Kampung Kota pengkalan seberang Perak Tebing tersebut runtuh tidak boleh diapa-apakan dan tidak dapat diperbaiki lagi hanya dibina tembok kira-kira setinggi 2 1/2 kaki hingga sekarang ini.

Berhampiran dengan tebing sungai inilah juga terdapat deretan rumah kedai papan yang telah uzur termasuklah rumah tauke Tan Boon Chong seorang Cina terkaya di Sabak Bernam.

Mengikut cerita lisan dari orang tempatan mengatakan, di Sabak Bernam ini terdapat seorang alim bernama Tuan Syed Moon iaitu menantu kepada Raja Haji Husin salah seorang yang disegani. Pada suatu petang tak tau apa puncanya bahawa Syed Moon telah bertengkar dengan seorang Cina.

Dalam pertengkaran tersebut, terdapatlah salah seorang cina disitu mengeluarkan perkataan yang menyinggung nama baik orang Melayu menyebabkan Syed Moon begitu marah. Sebagai melepaskan perasaannya yang meluap-luap marah itu, lalu dihentakannya tumit kaki kanannya ke tanah. Sekitar tanah di tepi tebing itu bergegar, rebak dan roboh, tanah dipinggir sungai itu pun termasuk ke dasar sungai. Di kawasan itulah yang di pagar dengan tembok batu.




Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Below Post Ad



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Artikel Berkaitan