Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Artikel Pilihan


Sejarah awal pembinaan kemudahan asas untuk rakyat di Sabak Bernam


Sabak Bernam sebuah daerah yang letaknya diluar bandar dengan demografi penduduknya bekerja sebagai petani dan nelayan, namun penyediaan kemudahan asas untuk keselesaan warganya tidak pernah dipinggirkan kerajaan. Berikut sekadar beberapa nukilan sejarah kewujudan kemudahan asas di daerah ini.

Bekalan Air

Penduduk Sabak Bernam mula mendapat bekalan air paip selepas tahun 1940 iaitu dengan terbinanya sebuah mesin pump bagi menyedut air sungai Bernam masuk ke suatu takungan kemudiannya dicampur dengan sejenis ubat sesudah ditapis terlebih dahulu.

Walau bagaimana pun air ini tidak sebersih air paip yang dibekalkan oleh Jabatan Bekalan Air Selangor. Tidak lama projek ini bekalan susut ketika musim kemarau panjang pun tiba, air sungai mulai cetek, air yang dipam berlumpur dan masin, sangat merbahaya untuk dijadikan air minuman. Air yang dipam ini tidak dapat menampung semua rakyat Sabak Bemam, penduduk kampung masih menggunakan air kolam dan air hujan untuk minuman. Air sungai dan tali air dijadikan sebagai tempat mandi.

Gambar penduduk di Sungai Leman, sekinchan yang masih mandi di parit


Letrik

Sebagai ganti pelita minyak tanah, minyak kelapa, belerang, andang suluh, pelita dan sebagainya untuk menerangkan penglihatan, usaha mendapatkan letrik diajukan pada kerajaan negeri. Pada tahun 1947 Pentadbir Sabak Bernam telah bercadang memohon Letrik pada kerajaan Selangor. Malangnya disebabkan kewangan yang meleset ketika itu cadangan ini dihentikan buat sementara.

Mujurlah ada seorang tauke Cina yang bernama Tan Kay Swee dengan gelaran Dato' Kurnia Bakti di Raja orang kaya Sabak Bernam berjaya mendapatkan lesen dari pihak kerajaan membina mesin menghasilkan api letrik selama 20 tahun. Kelulusan ini berkuatkuasa pada 8 hb. Julai 1959 hasil dari sinilah pekan Sabak Bernam bermandikan cahaya neon.

Hospital

Sabak Bernam tidak mempunyai Hospital hanya diadakan seorang doktor bertugas di rumah sakit klinik kerajaan datng dari Teluk Intan sebuah ambulan dan 3 orang kakitangan yang lain bermula dalam bulan Jun 1958.

Pesakit yang memerlukan perubatan terpaksalah dihantar ke Klang atau Teluk Intan. Sebelum Jun 1958 ini terdapat seorang doktor yang pergi ke kampung-kampung seminggu sekali bagi membantu rakyat desa dan kanak-kanak sekolah.

Sekolah

Sebagaimana biasa sekolah adalah suatu perkara yang mesti samada Sekolah Melayu, Agama atau Sekolah Inggeris, Cina dan Tamil. Sebelum tahun 1947 Sekolah Melayu di Sabak Bernam ada 6 buah sahaja. Kalau mengikut rekod Jabatan Pendidikan Sekolah Melayu Sabak Bernam dibuka dalam tahun 1896 selepas itu sekolah Panchang Bedena tahun 1902.

Disebabkan kawasannya terlalu luas dan perhubungan adalah sulit, pihak kementerian telah memberikan kepala bahagian (kawasan) iaitu Sabak Bernam dan Sungai Besar yang diawasi oleh Guru Pelawat. Pada tahun 1960 terdapat kumpulan Sabak Bernam 13 buah sekolah dengan muridnya 3814 dan 141 orang guru.Murid yang paling ramai bersekolah pada tahun itu ialah Sekolah Kebangsaan Parit Baru seramai 821 guru besarnya Encik Md Taib bin Haji Sidek bertugas sama dengan guru-gurunya seramai 26 orang. Sementara yang sedikit ialah Sekolah Kebangsaan Tanjung Jawa, muridnya seramai 68 orang dan 3 orang guru berguru Besarkan Encik Buyung bin Haji Taib. Guru Pelawatnya Encik Jamaluddin bin Haji Suhaimi Kumpulan Sungai Besar pula mempunyai 11 buah Sekolah, sebuah lagi akan siap di akhir tahun 1960 nanti di Kampung Lubuk Pusing. 

Ramai muridnya berjumiah 3470 orang dan tenaga pengajarnya seramai 126 orang. Sekolah paling tua ialah Pancang Bedena yang dibina dalam tahun 1902. Murid paling ramai ialah di sekolah Kebangsaan Sg Besar seramai 660 orang dengan 24 orang guru yang diterajui sebagai GurU Besar ialah Encik Ahmad bin Bakir

Murid paling kurang ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau yang dibina dalam tahun 1949, ramai murid 4 orang sementara gurunya 5 orang sahaja diketuai oleh Guru Besar Encik Ahmad bin Endin, Guru Pelawatnya Encik Amir Hassan b Ab Kadir.

April 1954 Sekolah Inggeris pertama di Sabak Bemam diperkenalkan dengan menumpang di bangunan Sekolah Melayu sebelah petang Pada bulan November 1954 bangunan Sekolah Inggeris siap dan dirasmikan oleh YAB Raja Tun Uda Al Haj Bin Raja Mohammad, Menteri Besar Selangor 1949-1955

Sekolah Inggeris bermula dengan murid 68 orang dan 2 orang guru, sekolah ini mendapat sambutan para penduduk. Saya percaya menyentuh mengenai sekolah ini dua nama patut menjadi ingatan masing-masing kerana mereka ini dianggaap sebagai pendaya utama yang mengwujudkan sekolah ini.

Mereka Ku Tuan D.H Payne Penolong Pegawai Daerah Sabak Bernam yang mengambil inisiatif perkara tersebut dan mengemukakannya kepada kerajaan Selangor. Seorang lagi ialah Dato Tan Boon Chong yang sanggup memberikan sebidang tanah untuk dijadikan tapak membina sekolah tersebut secara percuma.

Demikian juga dengan Sekolah Agama dan Sekolah Arab di daerah Sabak Bernam pada ketika itu sebanyak 27 buah sekolah, ramai muridnya 3,471 orang. Pelajar paling ramai ialah Sekolah Agama Sg Besar seramai 312 orang. Guru Besarnya ialah Ustaz Sobari sementara yang paling sedikit ialah Sekolah Agama Parit 14 Sg Nipah cuma seramai 46 orang Guru Besarnya Ustaz Yahya.

Kemudahan Lain

Kerajaan Selangor dengan nasihat British Resident setiap daerah dalam Selangor di ada kemudahan yang lain seperti Balai Polis , Masjid. Club tempat pegawai berkumpul dan berehat, Rumah Rehat, Pejabat Pos.

Pusat Kesihatan (Government Dispensary), kilang-kilang padi dan sebagainya.

Pemerintah Selangor terus menerus membangunkan Sabak Bernam dan masa ke semasa. Sabak Bernam, Sungai Besar, Pasir Panjang dan Sekinchan nampaknya telah menunjul dalam banyak hal. Dipercayai Sabak Bernam terus muncul dan cerah apabila berada dalam anjung utara Selangor nanti.

Salah sebuah Sekolah agama di 
Sabak Bernam

Warga klinik kesihatan Sungai Besar awal tahun 1980an




Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Below Post Ad



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Artikel Berkaitan