Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Artikel Pilihan


Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena



Pada tahun-tahun sebelum 1965, penduduk Sungai Besar yang Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah terpaksa berbuat demikian di Sabak Bernam yang terletak sejauh 12km. Ada pula yang terpaksa pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan), Klang, atau Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran.

Oleh yang demikian, sebuah 'Darjah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris ditubuhkan di Sungai Besar pada tahun 1965. Buat sementara waktu, sekolah ini memiliki bangunannya sendiri suatu yang amat mengembirakan semua pihak

Mulai 1 Julai 1974, sekolah ini dengan rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Seri Bedena; mengambil sempena nama Mukim Panchang Bedena. Perasmian sekolah tercinta ini dilakukan oleh Menter Besar Selangor ketika itu, YAB Dato' Haji Harun bin Haji Idris (DPMS, SMS PJK) pada 24 Julai 1974. Pada waktu itu sekolah ini menggunakan aliran Inggeris sebagal bahasa pengantar.

Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena mulai tahun 1998 berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah menengah menggunakan nama 'Sekolah Menengah Kebangsaan.

Aktiviti pelajar tahun 1993


Semasa mula beroperasi pada tahun 1965, sekolah in mempunyal 62 orang murid dan 4 orang guru yang mengajar kelas Peralihan dan Tingkatan 1. Murid-murid tersebut mengambil LCE pada tahun 1967. Tingkatan 4 dalam jurusan Sains dan Sastera hanya bermula pada tahun 1972. Tingkatan 5 pula mula ditawarkan pada tahun 1975. Bilangan pelajar yang kian bertambah menyebabkan 2 sesi persekolahan (pagi dan petang) diadakan sejak tahun 1993/94. Pada tahun 2004 bermula pengambilan pelajar Tingkatan 6 Rendah seramai 54 orang

Sehingga Julai 2006, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena mempunyai 7 bangunan termasuk sebuah makmal komputer yang tersergam indah dan megah. Terdapat seramai 1399 pelajar, 94 guru dan 14 kakitangan yang membentuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena. 



Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Below Post Ad



Untuk dapatkan artikel berkaitan, sila masukkan carian anda di bawah :

Cari Artikel Berkaitan