Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Bangunan Surau Muhammadiah Batu 40 berusia 120 tahun

Dapatkan pelbagai kisah kronikel dunia dan misteri di x-plorasi.com



Surau Muhammadiah Batu 40 
Sabak Bernam

Di Kampung Batu 40, Mukim Sabak terdapat sebuah bangunan surau lama yang dinamakan Surau Muhammadiah yang terletak Jalan Haji Muhammad Batu 40. Surau ini telah dibina oleh Haji Muhammad iaitu Penghulu pertama di kawasan Kampung Batu 40 sewaktu zaman British dahulu. Beliau merupakan penduduk tempatan dan bukannya orang luar atau dari Tanah Arab. 

Di peringkat awal, surau ini menjadi tempat berjemaah di samping pengajian agama juga diajar di sini. Usia bangunan ini yang dibina pada tahun 1903 dan masih kukuh hingga kini. Surau ini terletak berhampiran dengan kediaman Tuan Haji Ramdzan iaitu anak Tuan Haji Muhammad yang juga merupakan Ketua Kampung Batu 40. 

Gambar lama Surau Muhammadiah Batu 40
Keindahan seni pertukangan kayu pada struktur bangunan surau







Kini Surau Muhammadiah dimeriahkan lagi dengan pelbagai program keagamaan apabila kewujudan Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi berhampirannya yang di asaskan seorang ulama dari Pakistan.

Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi


Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi, telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011, di atas sekeping tanah wakaf di Kampung Batu 40, Sabak Bernam, Selangor. la diasaskan oleh Maulana Mohd Sharif Bin Haji Musa al-Hafiz yang telah menamatkan pengajiannya di Faisalabad, Pakistan.

Maahad ini adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang berformatkan madrasah tahfiz dan alim, di mana pembelajaran dan penghayatan amal dilakukan pada masa yang sama, Kesemua pelajar-pelajar tinggal di kediaman-kediaman di dalam kawasan Maahad ini. Ia merupakan kampung tersendiri yang wujud dalam suasana ilmu.

Pengajian-pengajian

Pengajian Hafiz adalah pengajian dalam bidang Tahfiz al-Quran. Pengajian ini terdiri daripada2 program utama iaitu program hafaz (al-quran) dan program syahada (hafaz al-quran), dimana. anak-anak muda akan dilatih melancarkan bacaan, mengingati keseluruhan al-Quran dan seterusnya memelihara ingatan tersebut. Pengajian shariah yang asasi (fardu ain) juga diajarkan dalam pengajian ini.

Pengajian Alim pula adalah pengajian dalam bidang Ulum Shariah dan Hadith di mana pelajar-pelajar akan mempelajari asas-asas Bahasa Arab dan mendalami kitab-kitab turath muktabar (Ahli Sunnah wal-Jama'ah) yang terdiri daripada program thanawiyyah (am), thanawiyyah (khas), alimiyyah dan daurah al-hadith.

Rujukan : Koleksi Cerita Rakyat, Bangunan lama dan bersejarah, halaman Maahad Tahfiz Darul Itqan al-Muhammadi



Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Ikuti Lela Rentaka di Facebook

Below Post Ad