Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Pegawai Daerah Sabak Bernam berjiwa nasionalis Melayu



YDH Tan Sri Dato Paduka Raja Dato Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh telah dilahirkan di Kuala Lipis di Pahang pada tahun 1930. Dibesarkan di dalam suasana kuarters kerajaan kerana ayah beliau merupakan seorang pegawai kerajaan di zaman penjajahan British. Tan Sri Dato Haji Wan Mahmood merupakan seorang aktivis nasionalis dan pelajar yang tekun sejak kecil lagi. Ini terbukti ketika beliau menuntut di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur, di mana beliau bersama rakan-rakannya menubuhkan Kesatuan Sasterawan Pelajar Melayu VI dan kemudiannya menjadi Persatuan Pelajar Melayu Kuala Lumpur dan kemudian
Persatuan Pelajar Melayu Selangor.  Persatuan ini merupakan pertubuhan yang menjadi Gabungan Penuntut (Pelajar) Melayu Semenanjung (GPMS).  


Bukti kuat jiwanya sebagai seorang nasionalis Melayu, Tan sri Dato Haji Wan Mahmood ialah beliau merupakan salah seorang yang menyertai protes besar-besaran menentang penubuhan Malayan Union.

Selepas menamatkan pengajiannya, Tan Sri Dato Haji Wan Mahmood telah memilih untuk menyertai Perkhidmatan Awam Melayu, kerana sejak kecil beliau mementingkan hal ehwal sosio ekonomi orang Melayu khususnya di luar bandar.

Selepas lulus peperiksaan undang-undang MCS, beliau telah dimasukkan ke dalam Perkhidmatan Awam Malaya, berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Ampang dan kemudian sebagai Pegawai Daerah, Sabak Bernam. Beliau merupakan Pegawai Daerah Sabak Bernam yang pertama dan saksi hidup permasyhuran Daerah Sabak Bernam sebagai daerah ke tujuh Negeri Selangor Darul Ehsan.


Senarai Pegawai Daerah Sabak Bernam

Beliau berpeluang mengambil bahagian dalam perancangan Rancangan Malaysia 5 tahun yang pertama.  Rancangan Malaysia ini adalah yang pertama mengambil kira keperluan pembangunan ekonomi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak - berbanding dengan Tanah Melayu sahaja.

Beliau juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan pernah menjawat jawatan Pegawai Daerah Alor Gajah. Selepas itu, beliau telah menabur bakti selama 14 tahun di Kementerian Penerangan di mana beliau bertanggungjawab di dalam penyiaran.  Semasa berkhidmat di Kementerian Penerangan, beliau berkhidmat selama dua tahun sebagai Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Operasi Negeri Sarawak di bawah Majlis Operasi Kebangsaan.

Tan Sri Dato Haji Wan Mahmood telah memcurah khidmat cemerlang di Kementerian Penerangan sehingga menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha.

Selain daripada perkhidmatan kerajaan, beliau juga aktif dalam pelbagai NGO dan organisasi perkhidmatan lain.  Beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Kebajikan Negara pada tahun 1958,  aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah mulai 1975 dan juga pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi PEMADAM Malaysia.

Beliau turut mendapat pengiktirafan khas oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengorbanan dan bantuan beliau dalam tragedi Highlands Tower 1993.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Siti Sara Husin dan dikurniakan empat orang anak dan ramai cucu.

Beliau seorang yang aktif berpersatuan dan turut berperanan sebagai Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan, jawatan yang disandangnya sejak 2009. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Diraja Selangor (Dewan DiRaja Selangor), jawatan yang disandangnya sejak tahun 1984 dan juga  Orang Besar Daerah Gombak sejak tahun 2002.

YDH Tan Sri Dato Paduka Raja Dato Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh 

Video wawancara khas  YDH Tan Sri Dato Paduka Raja Dato Haji Wan Mahmood bin Pa'wan Teh  bersama PADAT







Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Ikuti Lela Rentaka di Facebook

Below Post Ad