Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Pengisytiharan Sabak Bernam sebagai kawasan putih

Dapatkan pelbagai kisah kronikel dunia dan misteri di x-plorasi.com





Pada 8 Januari 1955, Sabak Bernam telah diisytiharkan sebagai kawasan putih. Perisytiharan ini telah dibuat oleh Sultan Selangor semasa melawat ke Savak Bernam bersama-sama Penasihat British Selangor Encik GS Rawlins, Ketua Pegawai Polis, Ketua Tentera, Pegawai Penerangan Negeri dan Setiausaha Kerja Jawatankuasa Perang Negeri.

Kawasan putih ialah kawasan yang aman dan bebas dari ancaman komunis. Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada bulan Jun 1948 untuk membanteras kegiatan komunis. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara komenwel seperti Australia, New Zealand, Fuji dan Afrika Timur.

Dalam titah ucapannya, Sultan Selangor menyatakan kerajaan telah menimbang- kan kira-kira setahun lamanya untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan putih. Oleh kerana gerakan komunis terdapat di bahagian utara dan selatannya maka ura-ura tersebut terpaksa dibatalkan. Walau bagaimanapun, baginda telah memuji sikap penduduk-penduduk di situ yang hidup saling tolong menolong dan bekerjasama untuk membenteras ancaman komunis.

Sabak Bernam yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada tahun 1955, merupakan kawasan kedua dalam negeri Selangor yang disytiharkan kawasan yang aman dan tidak lagi diancam oleh komunis. Ini menunjukkan kejayaan pihak kerajaan dengan kerjasama penduduk-penduduk tempatan menghapuskan pengganas-pengganas komunis.



Rujukan : Akhbar Majlis 10 Januari 1955, Akhbar Utusan Zaman 9 Januari 1955.



Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Ikuti Lela Rentaka di Facebook

Below Post Ad