Terkini

20/trending/recent


للا رنتاک

www.lelarentaka.com
Masukkan carian anda di sini !

Waris Raja Hitam dilantik Panglima Perang Kanan Setia Diraja Selangor

Dapatkan pelbagai kisah kronikel dunia dan misteri di x-plorasi.com



YM Raja Shahar Bin Raja Hitam

YM Raja Shahar Bin Raja Hitam mula berkhidmat di Astana Mahkota Puri, Klang Semasa era Sultan Hishamuddin Alam Shah sekitar tahun 1940. Di nyatakan bahawasanya Raja Shahar Bin Raja Hitam merupakan ahli keluarga Diraja Selangor yang membuat penempatan di Bernam yang berbenih dari Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu) iaitu Sultan, Raja Yang Dipertuan Negeri Selangor ke 2.

Seperti tradisi yang dipraktikkan terdahulu. Apa jua jawatan yang terdapat didalam Astana akan bermulai dari peringkat bawah. demikian jua Raja Shahar Bin Raja Hitam yang mula berkhidmat Sebagai Bentara kemudian beberapa tahun kemudian diangkat sebagai Penghulu Balai dan seterusnya  bergelar Panglima Perang Kanan Setia DiRaja Selangor bagi mengantikan YM Raja Abdul Hamid Bin Tengku Mahmud Zuhdi.


YM Raja Shahar Bin Raja Hitam telah bersurikan Y.M. Raja Nor Aini (Ku Aini) Binti Raja Yusuf Bin Raja Juma’at Bin Raja Haji Bot Ibni Almarhum Raja Juma’at Bin Raja Ja’afar.


Kenaikkan pangkat dari Penghulu Dalam ke Panglima Perang Kanan Setia Diraja Selangor.

Rujukan : Arkib Negara, Wangsa Mahkota Selangor



Kongsikan Artikel Ini :

Top Post Ad



Ikuti Lela Rentaka di Facebook

Below Post Ad